Gayoon berjalan sambil memandang ke kiri dan kanan. Dia terus berjalan tanpa arah tuju. Tiba di
tepi pantai kakinya tiba-tiba saja berhenti dari dihayun lagi. Gayoon memandang
kearah sebuah pulau dihadapannya tanpa perasaan. Pedih, sakit.. hatinya terluka
dengan apa yang terjadi. Diimbas kembali setiap kenangan diantara dia dan
sahabat-sahabatnya. Masih terdengar gelak tawa sahabat-sahabatnya itu. Masa
berlalu begitu pantas, sekelip mata semuanya berubah dengan tiba-tiba.
Gayoon mengeluh lagi. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja
teringat akan sahabat-sahabat lama. Gayoon amat merindui sahabat-sahabatnya. Kemanalah
mereka menghilang. Diam tanpa khabar berita. Inikah pengakhiran sebuah
persahabatan? Gayoon buntu, tidak tau bagaimana lagi hendak dia lakukan.
Sahabat-sahabatnya hilang entah kemana. Meninggalkannya terkapai-kapai
sendirian.
Dua tahun lalu..
Gayoon adalah seorang budak kampung yang baru sahaja datang
ke sebuah Bandar yang agak maju. Seoul korea namanya. Gayoon dapat menyambung
pelajarannya ke peringkat university. Pertama kali menjejakkan kaki ditempat
orang amatlah susah baginya. Dia tiada sesiapa. Takut. Perasaan takut selalu
menghantuinya. Namun dengan semangat, harapan dan cita-cita yang mengunung dia
cekalkan hati juga untuk menerima tawaran sambung belajar itu. Walaupun harus
berjauhan dengan keluarganya dia meneruskan juga.
Pertama kali melangkah masuk ke asrama dimana tempat
tinggalnya di seoul, gayoon amat gementar sekali. Pelbagai andaian tentang
lagak-lagak orang disana yang bakal dikenalinya nanti. Tapi gayoon tetap
kuatkan semangatnya. Masuk sahaja kedalam bilik yang bakal dihuninya selama
setahun ke depan, pelbagai harapan dibawa bersama.
Gayoon melangkah melepasi pintu biliknya, lega kerana tiada
sesiapa didalam bilik itu. Gayoon memandang sekeliling. “cantik bilik ni”.
Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Gayoon duduk diatas
katil. Memandangkan hanya dia seorang yang baru masuk ke bilik, jadi fikirnya
dialah yang bermaharajalela disitu. Jadi dia memilih katil paling bawah itu
miliknya. Tiba-tiba……
“hoii ! kau sapa? Sapa suruh kau duduk atas katil aku hah?!”
Tiba-tiba suara nyaring menengkingnya. Jiyoon. Itulah
sahabat yang pertama yang dikenalinya. pertama kali bertemu jiyoon agak kekwat.
Berlagak macam hostel ni dia punya. Tapi tak lama. Fikir gayoon, jiyoon ni
memang betol-betol ‘poyo’ rupanya tidak. Jiyoon adalah seorang yang baik. Pada
mulanya gayoon tidak mahu mengalah berebut katil bawah tu dengan jiyoon tapi
setelah penat bermain permainan ‘rock paper scissors’ dan dia kalah akhirnya
dia mengalah dengan jiyoon.
Pada hari kedua gayoon ditegur oleh salah seorang penghuni
lain, namanya HyunA. Pada Gayoon, HyunA ni agak ‘gediks’ sikit. Mula-mula tu
dia tak berapa suka dengan HyunA sebab HyunA suka mengedik dengan Jiyoon.
Kemana-mana suka berkepit dengan Jiyoon. Walhal HyunA berlainan bilik dengan
mereka. Mungkin HyunA kesunyian kerana dia tiada teman sebilik.
Pada hari pertama mereka ke kelas, Gayoon dan Jiyoon serta
HyunA jalan bersama. Masuk saja ke kelas gayoon agak terkejut kerana terlalu
ramai pelajar baru yang bakal satu kelas dengannya. Disitu Gayoon berkenalan
pula dengan dua orang budak comel bernama sohyun dan jihyun. Gayoon memang seorang ‘happy good lucky’. Dia
memang mudah mesra dengan orang. Untung juga jadi peramah ni senang je dapat
kawan baru. Mulai dari hari itu mereka berlima berkawan rapat. Sebenarnya
Sohyun dan jihyun adalah teman sebilik dan mereka juga menghuni dihostel yang
sama dengan Gayoon. Cuma mereka berlainan ‘Flor’ saja.
Mereka berlima sering ke university bersama. Dalam group
dorang HyunA selalu terpinggir, sohyun rapat dengan jihyun manakala gayoon pula
rapat dengan jiyoon. Maklum lah HyunA terlalu gedik siapa boleh tahan. Tapi
mereka tetap berkawan rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain. HyunA
tak ambil hati pun dengan keakraban mereka kerana bagi HyunA mereka semua
adalah sahabatnya dunia dan akhirat. Takkan ada perasaan dengki yang boleh
merosakkan hubungan persahabatan. Gayoon, Jiyoon, Sohyun, Jihyun dan HyunA
berasa amat bertuah kerana memiliki sahabat seperti mereka. Susah senang
dikongsi bersama. Segala masalah yang menimpa diselesaikan bersama. Mereka
sering bantu-membantu antara satu sama lain. Sweet kan.
Setahun berlalu..
Cuti semester berlalu, masing-masing pulang ke hostel.
Semester baru bakal bermula. Gayoon melangkahkan kaki ke hostel itu lagi.
Setelah dihitung, ini adalah semester ke3 mereka. Pada minggu pertama dan kedua
mereka masih berkawan rapat. Masih seperti biasa. Kemana-mana sentiasa berkepit
tak pernah berenggang. Tapi tiba minggu ketiga HyunA mengalami masalah. Masalah
keluarga. HyunA sering pulang ke kampungnya setiap hujung minggu. HyunA sering
mengambil MC kadang-kadang sehingga seminggu dia tidak datang ke kelas. Hari
semakin hari, bulan berganti bulan. HyunA sering tidak hadirkan diri ke kuliah
dan ‘exam’. Lama-kelamaan pelajaran HyunA juga telah menjadi semakin merosot.
HyunA tidak lagi menjadi ‘the best student’ di university.
Setelah disiasat, rupa-rupanya semua ini terjadi kerana
HyunA mengalami masalah keluarga yang agak berat. Ibunya sakit kuat dan
memerlukan pembiayaan untuk membuat pembedahan. HyunA perlu berkerja untuk
mencari duit. Jadi HyunA membuat keputusan untuk tangguh semester untuk
sementara. Bila keadaan sudah mengizinkannya sambung belajar barulah dia akan
sambung belajar lagi. Dia tangguh satu semester je.
Dihostel, Jiyoon telah berkenalan dengan rakan baru. Orang
itu bukanlah pelajar university yang sama malah bukan pelajar pun. Dia sudah
berkerja. Jiyoon mengenalinya pun kerana jihyun. Jihyun bertemu orang itu
dikedai makan bawah hostel mereka. Namanya Hara. Jiyoon mula rapat dengan Hara.
Hara sering meluangkan masa bersama jiyoon, melayan jiyoon bercerita diwaktu
malam ketika Gayoon sedang tidur. Hobi jiyoon pelik sikit, dia suka tidur lewat
dan kadang-kadang tu tak tidur langsung. Suka over nite jadi burung hantu.
Gayoon pula tak macam tu. Waktu orang patut tidur memang Gayoon akan tidur.
Jadi Gayoon tidak dapat melayan Jiyoon waktu dia tidur. Jadi Hara lah yang jadi
peneman setia Jiyoon.
Lama-kelamaan Gayoon mula sedar dirinya sudah menjadi
semakin renggang dengan Jiyoon. Kekadang Gayoon terlalu sibuk dengan assignment
nya sebab tu tiada masa untuk Jiyoon. Gayoon sedar keakraban Jiyoon dan Hara.
Kekadang Gayoon sedih kerana Jiyoon sering memberi alasan jika Gayoon mengajaknya
untuk keluar bersama. Tapi jika Hara mengajaknya laju je kakinya mengekori
Hara. Dalam diam Gayoon memendam rasa sendirian.
Pada satu malam, sedang Gayoon online ‘fecebook’, Gayoon terpandang
satu gambar dimana Sohyun dan Jihyun bersama-sama bergambar di satu taman yang
cantik,taman yang mana pokok-pokok dihiasi dengan pelbagai lampu-lampu.
Tersentap hati Gayoon saat itu kerana Gayoon sudah lama ingin ke tempat itu.
Gayoon amat kecewa kerana mereka berdua tidak mengajaknya pergi bersama
sedangkan mereka sedia tahu akan keinginannya yang satu itu.
“sampai hati dorang buat ni kat aku, padahal dorang tau aku
nak sangat pegi tempat ni. Dorang sengaja upload gambar ni nak kasi aku jeles.
Sampai hati dorang. Kot ye pun nak bangga tu agak-agak lah. Bukannya dorang tak
tau aku ni friends list dorang. Sampai hati dorang. Ini ke namanya ‘Best
Friends Forever’ bagi dorang.” Itu yang terlintas dalam fikiran Gayoon tika dan
saat ini.
Hari berlalu, Gayoon masih lagi tersentap dengan apa yang
dilakukan oleh sohyun dan jihyun terhadapnya. Dia telah memasang niat untuk
touching dengan mereka berdua. Tak kira lah apa nak jadi, Gayoon tak akan
mengalah sehingga sohyun dan jihyun meminta maaf kerana tidak mengajaknya pergi
ke taman impian Gayoon tu.
Seminggu berlalu. Gayoon masih berperang dingin dengan tidak
bertegur sapa dengan sohyun dan jihyun. Jiyoon pula langsung tidak mengendahkan
perubahan Gayoon malah semakin rapat dengan Hara.
Sedih. Sohyun dan Jihyun juga telah berubah. Mereka hanya
berkawan berdua semenjak dua menjak ini. Dalam diam juga Gayoon memerhatikan
dua lagi rakannya itu. Sohyun dan Jihyun sering mengelak dari Gayoon. Jika
bertembung pun mereka hanya bermasam muka dan tidak bertegur. Gayoon pelik
dengan berubahan mereka itu. Tidak tahu apa salahnya dengan tiba-tiba saja dia
dikejutkan dengan keadaan seperti ini. Puas Gayoon mencari punca yang
mengakibatkan dua rakannya itu menjauh darinya. Kemana-mana hanya berdua, tak
pernah nak bagitau apa-apa. Kadang-kadang Gayoon memendam perasaan kecewa pada
mereka kerana mereka melayan Gayoon endah tak endah saja. Kekadang tu mereka
buat macam Gayoon tak pernah wujud.
Silap Gayoon juga, gatal-gatal nak touching sapa suruh. ‘Kan
ini makan dia’. Sangka Gayoon, Sohyun dan Jihyun akan memujuknya dan meminta
maaf padanya. Tapi Gayoon silap, sohyun dan jihyun langsung tidak melayannya.
Malah tidak ambil peduli pun, kecian Gayoon…..
Masa berlalu begitu pantas, masuk semester ke4 mereka
diminta keluar daripada asrama kerana telah habis kontrak. Gayoon sering
menghitung hari-hari terakhirnya dihostel itu. Sedih bertamu, macam-macam
kenangan yang berlaku dihostel tercintanya itu. Tak sanggup untuk meninggalkan
tempat itu. Tapi keadaan memaksa.
Gayoon teringat kembali pada sahabat-sahabatnya. Entah apa
lah nasibnya. Sampai tika dan saat ini mereka masih lagi dingin. Tidak seceria
seperti dulu. Persahabatannya bermula disitu tapi entah dimana lah
pengakhirannya. Gayoon tidak mahu pengakhiran hubungan persahabatannya yang
dibina bersama Jiyoon, Sohyun, Jihyun dan HyunA hanya sampai disitu sahaja. Dia
sedih.
Gayoon melangkah keluar dari biliknya dengan hati yang hiba.
Setiap langkahan kakinya seiring dengan titisan airmata yang jatuh ke pipi.
Detik-detik kenangan indah bersama sahabat-sahabatnya menjelma silih berganti
bermain-main dimindanya. Gayoon memejamkan matanya untuk seketika. Amat pedih
hatinya saat ini. Tapi Gayoon kuatkan semangatnya untuk meneruskan perjalanan
hidupnya menuju kemasa hadapan demi mengejar cita-citanya.
Gayoon memang seorang yang kuat semangat. Dia menghabiskan
dua semester lagi bersama semangat juang yang tak pernah pupus dan tak pernah
hilang. Akhirnya dia Berjaya menghabiskan pelajarannya di menara gading itu.
Dia Berjaya memegang segulung ijazah sarjana muda dan Berjaya menjadi seorang pengurus
atasan disebuah company yang megah lagi terkenal dibandar seoul.
Lamunan nya terhenti……bayangan
masa silam lenyap sekelip mata..
Gayoon memandang ke kiri dan kanan lagi. Kicauan burung
memikat minatnya untuk berpaling, Dipandang sekumpulan burung yang membuat
rombongan sambil belajar diawangan. Rioh sekali suara-suara burung yang
berterbangan. Suasana tersangat lah indah saat ini. Kedengaran sekumpulan
remaja sedang bergambar dengan rioh sekali. Gayoon tersenyum sendiri. Teringat
saat dia remaja dahulu. Dia dan sahabat-sahabatnya dahulu juga gila bergambar.
Kemana-mana saja mesti bergambar. Turun sahaja tangga hostel mereka mula
bergambar, tidak kira masa, tidak kira dimana, tidak kira kemana, sehingga
detik-detik didalam tandas pun mereka rakam.
Gayoon tersenyum lagi..
“hmm dimana lah korang sekarang? Tengah buat apa? Sihat ke? Rindukah korang
pada aku? Aku rindu sangat dengan korang.. even korang tak ingat aku or memang
dah lupa aku, aku tetap doakan korang Berjaya dalam hidup korang. Aku harap
suatu hari nanti kita akan bersua kembali, berkumpul bersama. Macam dulu. Tak
ada sengketa. Mesti best. I miss this moment. I really miss this.”
ucap Gayoon perlahan, berharap dan berharap lagi.
Bukannya Gayoon tidak mahu mencari sahabat-sahabatnya
kembali, tapi dia tidak tahu mahu cari dimana. Biarlah, meskipun
sahabat-sahabatnya itu entah dimana dia akan tetap ingat dan selalu ingat.
Kerana mengenali sahabat seperti mereka adalah sesuatu yang indah bagi Gayoon.
Memiliki mereka sebagai sahabat adalah sesuatu yang sangat berharga. Kerana
pada Gayoon ‘sahabat sejati tiada galang gantinya’. Walau apa pun terjadi
Gayoon tidak pernah menyesal mengenali Jiyoon, Sohyun, Jihyun dan HyunA. Macam
iklan Laurier, Kerana mereka begitu berharga..
“hei.. lama tunggu?” sapa satu suara. “nasib baik saya jumpa
awak dekat sini, merata saya cari awak tadi. kat sini rupanya awak. Kata nak
jumpa tempat biasa?” sambung yoseob dengan pertanyaan yang panjang lebar.
“hmm..tadi saya dah tunggu awak kat situ. Awak lambat sangat
saya jalan jela. Jalan punya jalan tak sedar sampai kesini. Hermm.. tau pula
awak saya ada dekat sini?” terang Gayoon satu persatu tanpa disuruh.
“tau lah. Awak kan wife saya, saya dapat hidu dimana saja
awak berada.” Poyo je yoseob ni.
“eleh….. “ Gayoon menunjukkan muka menyampahnya. Yoseob
geram dengan muka poyo itu lalu diciumnya pipi gebu milik Gayoon.
“hoii…! Malu lah orang tengok. Nak kiss tak beragak.” Marah Gayoon.
“bhahaaha…” yoseob gelak besar.
“jom balik..hari dah nak gelap” ajak yoseob.
Gayoon hanya menurut. Dia bangun lalu berpegangan tangan dengan yoseob. Mereka
berjalan seiringan..hidup Gayoon bahagia bersama husben tercinta, yang yoseob.
( story nie aku karang sendiri tau.. xde copy mne2 story book.... sbnrnya ia cerita hidup aku. ttg aku dan persahabatan. and 1 more thing, please don't copy and paste yer..... COPY RIGHT PROTECTED ! )