snow flake

Friday, July 5, 2013

.. FRIENDSHIP ..


Gayoon berjalan sambil memandang ke kiri dan kanan.  Dia terus berjalan tanpa arah tuju. Tiba di tepi pantai kakinya tiba-tiba saja berhenti dari dihayun lagi. Gayoon memandang kearah sebuah pulau dihadapannya tanpa perasaan. Pedih, sakit.. hatinya terluka dengan apa yang terjadi. Diimbas kembali setiap kenangan diantara dia dan sahabat-sahabatnya. Masih terdengar gelak tawa sahabat-sahabatnya itu. Masa berlalu begitu pantas, sekelip mata semuanya berubah dengan tiba-tiba.
Gayoon mengeluh lagi. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja teringat akan sahabat-sahabat lama. Gayoon  amat merindui sahabat-sahabatnya. Kemanalah mereka menghilang. Diam tanpa khabar berita. Inikah pengakhiran sebuah persahabatan? Gayoon buntu, tidak tau bagaimana lagi hendak dia lakukan. Sahabat-sahabatnya hilang entah kemana. Meninggalkannya terkapai-kapai sendirian.

Dua tahun lalu..
Gayoon adalah seorang budak kampung yang baru sahaja datang ke sebuah Bandar yang agak maju. Seoul korea namanya. Gayoon dapat menyambung pelajarannya ke peringkat university. Pertama kali menjejakkan kaki ditempat orang amatlah susah baginya. Dia tiada sesiapa. Takut. Perasaan takut selalu menghantuinya. Namun dengan semangat, harapan dan cita-cita yang mengunung dia cekalkan hati juga untuk menerima tawaran sambung belajar itu. Walaupun harus berjauhan dengan keluarganya dia meneruskan juga.
Pertama kali melangkah masuk ke asrama dimana tempat tinggalnya di seoul, gayoon amat gementar sekali. Pelbagai andaian tentang lagak-lagak orang disana yang bakal dikenalinya nanti. Tapi gayoon tetap kuatkan semangatnya. Masuk sahaja kedalam bilik yang bakal dihuninya selama setahun ke depan, pelbagai harapan dibawa bersama.

Gayoon melangkah melepasi pintu biliknya, lega kerana tiada sesiapa didalam bilik itu. Gayoon memandang sekeliling. “cantik bilik ni”. Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Gayoon duduk diatas katil. Memandangkan hanya dia seorang yang baru masuk ke bilik, jadi fikirnya dialah yang bermaharajalela disitu. Jadi dia memilih katil paling bawah itu miliknya. Tiba-tiba……

“hoii ! kau sapa? Sapa suruh kau duduk atas katil aku hah?!”
Tiba-tiba suara nyaring menengkingnya. Jiyoon. Itulah sahabat yang pertama yang dikenalinya. pertama kali bertemu jiyoon agak kekwat. Berlagak macam hostel ni dia punya. Tapi tak lama. Fikir gayoon, jiyoon ni memang betol-betol ‘poyo’ rupanya tidak. Jiyoon adalah seorang yang baik. Pada mulanya gayoon tidak mahu mengalah berebut katil bawah tu dengan jiyoon tapi setelah penat bermain permainan ‘rock paper scissors’ dan dia kalah akhirnya dia mengalah dengan jiyoon.

Pada hari kedua gayoon ditegur oleh salah seorang penghuni lain, namanya HyunA. Pada Gayoon, HyunA ni agak ‘gediks’ sikit. Mula-mula tu dia tak berapa suka dengan HyunA sebab HyunA suka mengedik dengan Jiyoon. Kemana-mana suka berkepit dengan Jiyoon. Walhal HyunA berlainan bilik dengan mereka. Mungkin HyunA kesunyian kerana dia tiada teman sebilik.

Pada hari pertama mereka ke kelas, Gayoon dan Jiyoon serta HyunA jalan bersama. Masuk saja ke kelas gayoon agak terkejut kerana terlalu ramai pelajar baru yang bakal satu kelas dengannya. Disitu Gayoon berkenalan pula dengan dua orang budak comel bernama sohyun dan jihyun.  Gayoon memang seorang ‘happy good lucky’. Dia memang mudah mesra dengan orang. Untung juga jadi peramah ni senang je dapat kawan baru. Mulai dari hari itu mereka berlima berkawan rapat. Sebenarnya Sohyun dan jihyun adalah teman sebilik dan mereka juga menghuni dihostel yang sama dengan Gayoon. Cuma mereka berlainan ‘Flor’ saja.

Mereka berlima sering ke university bersama. Dalam group dorang HyunA selalu terpinggir, sohyun rapat dengan jihyun manakala gayoon pula rapat dengan jiyoon. Maklum lah HyunA terlalu gedik siapa boleh tahan. Tapi mereka tetap berkawan rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain. HyunA tak ambil hati pun dengan keakraban mereka kerana bagi HyunA mereka semua adalah sahabatnya dunia dan akhirat. Takkan ada perasaan dengki yang boleh merosakkan hubungan persahabatan. Gayoon, Jiyoon, Sohyun, Jihyun dan HyunA berasa amat bertuah kerana memiliki sahabat seperti mereka. Susah senang dikongsi bersama. Segala masalah yang menimpa diselesaikan bersama. Mereka sering bantu-membantu antara satu sama lain. Sweet kan.

Setahun berlalu..
Cuti semester berlalu, masing-masing pulang ke hostel. Semester baru bakal bermula. Gayoon melangkahkan kaki ke hostel itu lagi. Setelah dihitung, ini adalah semester ke3 mereka. Pada minggu pertama dan kedua mereka masih berkawan rapat. Masih seperti biasa. Kemana-mana sentiasa berkepit tak pernah berenggang. Tapi tiba minggu ketiga HyunA mengalami masalah. Masalah keluarga. HyunA sering pulang ke kampungnya setiap hujung minggu. HyunA sering mengambil MC kadang-kadang sehingga seminggu dia tidak datang ke kelas. Hari semakin hari, bulan berganti bulan. HyunA sering tidak hadirkan diri ke kuliah dan ‘exam’. Lama-kelamaan pelajaran HyunA juga telah menjadi semakin merosot. HyunA tidak lagi menjadi ‘the best student’ di university.

Setelah disiasat, rupa-rupanya semua ini terjadi kerana HyunA mengalami masalah keluarga yang agak berat. Ibunya sakit kuat dan memerlukan pembiayaan untuk membuat pembedahan. HyunA perlu berkerja untuk mencari duit. Jadi HyunA membuat keputusan untuk tangguh semester untuk sementara. Bila keadaan sudah mengizinkannya sambung belajar barulah dia akan sambung belajar lagi. Dia tangguh satu semester je.
Dihostel, Jiyoon telah berkenalan dengan rakan baru. Orang itu bukanlah pelajar university yang sama malah bukan pelajar pun. Dia sudah berkerja. Jiyoon mengenalinya pun kerana jihyun. Jihyun bertemu orang itu dikedai makan bawah hostel mereka. Namanya Hara. Jiyoon mula rapat dengan Hara. Hara sering meluangkan masa bersama jiyoon, melayan jiyoon bercerita diwaktu malam ketika Gayoon sedang tidur. Hobi jiyoon pelik sikit, dia suka tidur lewat dan kadang-kadang tu tak tidur langsung. Suka over nite jadi burung hantu. Gayoon pula tak macam tu. Waktu orang patut tidur memang Gayoon akan tidur. Jadi Gayoon tidak dapat melayan Jiyoon waktu dia tidur. Jadi Hara lah yang jadi peneman setia Jiyoon.

Lama-kelamaan Gayoon mula sedar dirinya sudah menjadi semakin renggang dengan Jiyoon. Kekadang Gayoon terlalu sibuk dengan assignment nya sebab tu tiada masa untuk Jiyoon. Gayoon sedar keakraban Jiyoon dan Hara. Kekadang Gayoon sedih kerana Jiyoon sering memberi alasan jika Gayoon mengajaknya untuk keluar bersama. Tapi jika Hara mengajaknya laju je kakinya mengekori Hara. Dalam diam Gayoon memendam rasa sendirian.

Pada satu malam, sedang Gayoon online ‘fecebook’, Gayoon terpandang satu gambar dimana Sohyun dan Jihyun bersama-sama bergambar di satu taman yang cantik,taman yang mana pokok-pokok dihiasi dengan pelbagai lampu-lampu. Tersentap hati Gayoon saat itu kerana Gayoon sudah lama ingin ke tempat itu. Gayoon amat kecewa kerana mereka berdua tidak mengajaknya pergi bersama sedangkan mereka sedia tahu akan keinginannya yang satu itu.

“sampai hati dorang buat ni kat aku, padahal dorang tau aku nak sangat pegi tempat ni. Dorang sengaja upload gambar ni nak kasi aku jeles. Sampai hati dorang. Kot ye pun nak bangga tu agak-agak lah. Bukannya dorang tak tau aku ni friends list dorang. Sampai hati dorang. Ini ke namanya ‘Best Friends Forever’ bagi dorang.” Itu yang terlintas dalam fikiran Gayoon tika dan saat ini.
Hari berlalu, Gayoon masih lagi tersentap dengan apa yang dilakukan oleh sohyun dan jihyun terhadapnya. Dia telah memasang niat untuk touching dengan mereka berdua. Tak kira lah apa nak jadi, Gayoon tak akan mengalah sehingga sohyun dan jihyun meminta maaf kerana tidak mengajaknya pergi ke taman impian Gayoon tu.

Seminggu berlalu. Gayoon masih berperang dingin dengan tidak bertegur sapa dengan sohyun dan jihyun. Jiyoon pula langsung tidak mengendahkan perubahan Gayoon malah semakin rapat dengan Hara.
Sedih. Sohyun dan Jihyun juga telah berubah. Mereka hanya berkawan berdua semenjak dua menjak ini. Dalam diam juga Gayoon memerhatikan dua lagi rakannya itu. Sohyun dan Jihyun sering mengelak dari Gayoon. Jika bertembung pun mereka hanya bermasam muka dan tidak bertegur. Gayoon pelik dengan berubahan mereka itu. Tidak tahu apa salahnya dengan tiba-tiba saja dia dikejutkan dengan keadaan seperti ini. Puas Gayoon mencari punca yang mengakibatkan dua rakannya itu menjauh darinya. Kemana-mana hanya berdua, tak pernah nak bagitau apa-apa. Kadang-kadang Gayoon memendam perasaan kecewa pada mereka kerana mereka melayan Gayoon endah tak endah saja. Kekadang tu mereka buat macam Gayoon tak pernah wujud.

Silap Gayoon juga, gatal-gatal nak touching sapa suruh. ‘Kan ini makan dia’. Sangka Gayoon, Sohyun dan Jihyun akan memujuknya dan meminta maaf padanya. Tapi Gayoon silap, sohyun dan jihyun langsung tidak melayannya. Malah tidak ambil peduli pun, kecian Gayoon…..
Masa berlalu begitu pantas, masuk semester ke4 mereka diminta keluar daripada asrama kerana telah habis kontrak. Gayoon sering menghitung hari-hari terakhirnya dihostel itu. Sedih bertamu, macam-macam kenangan yang berlaku dihostel tercintanya itu. Tak sanggup untuk meninggalkan tempat itu. Tapi keadaan memaksa.

Gayoon teringat kembali pada sahabat-sahabatnya. Entah apa lah nasibnya. Sampai tika dan saat ini mereka masih lagi dingin. Tidak seceria seperti dulu. Persahabatannya bermula disitu tapi entah dimana lah pengakhirannya. Gayoon tidak mahu pengakhiran hubungan persahabatannya yang dibina bersama Jiyoon, Sohyun, Jihyun dan HyunA hanya sampai disitu sahaja. Dia sedih.

Gayoon melangkah keluar dari biliknya dengan hati yang hiba. Setiap langkahan kakinya seiring dengan titisan airmata yang jatuh ke pipi. Detik-detik kenangan indah bersama sahabat-sahabatnya menjelma silih berganti bermain-main dimindanya. Gayoon memejamkan matanya untuk seketika. Amat pedih hatinya saat ini. Tapi Gayoon kuatkan semangatnya untuk meneruskan perjalanan hidupnya menuju kemasa hadapan demi mengejar cita-citanya.

Gayoon memang seorang yang kuat semangat. Dia menghabiskan dua semester lagi bersama semangat juang yang tak pernah pupus dan tak pernah hilang. Akhirnya dia Berjaya menghabiskan pelajarannya di menara gading itu. Dia Berjaya memegang segulung ijazah sarjana muda dan Berjaya menjadi seorang pengurus atasan disebuah company yang megah lagi terkenal dibandar seoul.

Lamunan nya terhenti……bayangan masa silam lenyap sekelip mata..
Gayoon memandang ke kiri dan kanan lagi. Kicauan burung memikat minatnya untuk berpaling, Dipandang sekumpulan burung yang membuat rombongan sambil belajar diawangan. Rioh sekali suara-suara burung yang berterbangan. Suasana tersangat lah indah saat ini. Kedengaran sekumpulan remaja sedang bergambar dengan rioh sekali. Gayoon tersenyum sendiri. Teringat saat dia remaja dahulu. Dia dan sahabat-sahabatnya dahulu juga gila bergambar. Kemana-mana saja mesti bergambar. Turun sahaja tangga hostel mereka mula bergambar, tidak kira masa, tidak kira dimana, tidak kira kemana, sehingga detik-detik didalam tandas pun mereka rakam.

Gayoon tersenyum lagi..
“hmm dimana lah korang sekarang? Tengah buat apa? Sihat ke? Rindukah korang pada aku? Aku rindu sangat dengan korang.. even korang tak ingat aku or memang dah lupa aku, aku tetap doakan korang Berjaya dalam hidup korang. Aku harap suatu hari nanti kita akan bersua kembali, berkumpul bersama. Macam dulu. Tak ada sengketa. Mesti best. I miss this moment. I really miss this.”
ucap Gayoon perlahan, berharap dan berharap lagi.

Bukannya Gayoon tidak mahu mencari sahabat-sahabatnya kembali, tapi dia tidak tahu mahu cari dimana. Biarlah, meskipun sahabat-sahabatnya itu entah dimana dia akan tetap ingat dan selalu ingat. Kerana mengenali sahabat seperti mereka adalah sesuatu yang indah bagi Gayoon. Memiliki mereka sebagai sahabat adalah sesuatu yang sangat berharga. Kerana pada Gayoon ‘sahabat sejati tiada galang gantinya’. Walau apa pun terjadi Gayoon tidak pernah menyesal mengenali Jiyoon, Sohyun, Jihyun dan HyunA. Macam iklan Laurier, Kerana mereka begitu berharga..

“hei.. lama tunggu?” sapa satu suara. “nasib baik saya jumpa awak dekat sini, merata saya cari awak tadi. kat sini rupanya awak. Kata nak jumpa tempat biasa?” sambung yoseob dengan pertanyaan yang panjang lebar.
“hmm..tadi saya dah tunggu awak kat situ. Awak lambat sangat saya jalan jela. Jalan punya jalan tak sedar sampai kesini. Hermm.. tau pula awak saya ada dekat sini?” terang Gayoon satu persatu tanpa disuruh.
“tau lah. Awak kan wife saya, saya dapat hidu dimana saja awak berada.” Poyo je yoseob ni.
“eleh….. “ Gayoon menunjukkan muka menyampahnya. Yoseob geram dengan muka poyo itu lalu diciumnya pipi gebu milik Gayoon.
“hoii…! Malu lah orang tengok. Nak kiss tak beragak.” Marah Gayoon.
“bhahaaha…” yoseob gelak besar.
“jom balik..hari dah nak gelap” ajak yoseob.
Gayoon hanya menurut. Dia bangun lalu berpegangan tangan dengan yoseob. Mereka berjalan seiringan..hidup Gayoon bahagia bersama husben tercinta, yang yoseob.

TAMAT




(  story nie aku karang sendiri tau.. xde copy mne2 story book.... sbnrnya ia cerita hidup aku. ttg aku dan persahabatan. and 1 more thing, please don't copy and paste yer..... COPY RIGHT PROTECTED ! )

No comments:

Post a Comment