Manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Sanggup
melakukan apa saja untuk memuaskan hati sendiri. Sanggup mengadai harta benda demi
untuk mencapaikan hajat dan niat sendiri. Aku binggung, kenapa mereka suka
menghukum orang lain sedangkan diri sendiri juga tak lepas dari melakukan kesilapan.. Apabila kemarahan menguasai diri apa saja sanggup dilakukan. Dan
apabila hati mula memiliki perasaan Hasad Dengki apa saja sanggup dilakukan, seperti mengunakkan khidmat Bomoh. BOMOH? Aku bukan nak cakap aku percaya sangat Bomoh-bomoh ni semua. tapi 50/50. Aku hairan, kalau guna Khidmat Bomoh untuk kearah kebaikan contohnya seperti untuk berubat tak apa la juga. ini tidak. mengunakannya untuk menDajalkan hidup orang ! mengapa perlu mempercayai benda-benda syirik ni. Aku hairan, mengapa perlu menyimpan dendam jika
tidak berpuas hati sesama manusia? Apabila jiwa mulai tidak tenang dan cenderung kearah keburukkan,
apabila mata tidak mampu melihat kearah kebaikkan, apabila akal fikiran tidak dapat berfikir dengan
sihat, apabila mulut tidak mampu berkata
benar dan hati tidak dapat menerima kenyataan maka terjadi lah perkara-perkara
sebegini. Aku masih keliru, mengapa mereka yang dahulunya sangat baik, berbudi
bahasa, beriman dan bermacam-macam ‘BER’ lagi tiba-tiba sahaja berubah dan
memiliki hati busuk seperti ‘Syaitan’. Sanggup Bersekongkol dengan ahli neraka
jahanam iaitu Syaitan. Kerana dendam, manusia yang berhati busuk ini sanggup
mengunakan Khidmat Bomoh, MengSantau orang sana sini, merosakkan hidup orang
demi untuk kepuasan diri sendiri. Mengapa? Jika orang yang dianiaya itu pernah
membuat kesilapan suatu ketika dulu, aku percaya dia pasti sudah menyesal akan
perbuatannya. Tidak perlu membalas
dendam dengan menganiaya mereka. Kerana Allah maha mengetahui dan maha
besar. Biar DIA yang berkuasa saja membalasnya nanti.. tidak usah lah menambah
dosa dengan membomoh-bomohkan. Kenapa tiba-tiba aku ingin menyentuh soal ini? Ini semua kerana keluargaku juga sedang mengalami perkara sebegini. Ahli keluargaku telah disantau oleh manusia yang berhati syaitan. walhal mereka tidak bersalah. mungkin kesilapan lalu yang menyebabkan ini semua terjadi tapi kini kami tidak pernah mengacau hidup manusia hati busuk itu lagi. jika kesilapan lalu menjadi penyebabnya, Mengapa tidak dimaafkan saja? Memaafkan itu
adalah sebaik-baik perbuatan. Mengapa mereka masih lagi menganggu kami? Tidak pernahkah mereka memikirkan kesannya? Tidak
pernahkah mereka memikirkan pahala dosa akibat perbuatan syirik itu?
SubhanAllah. Sampai bilakah hal ini akan terus berlaku. Bilakah ianya akan
berakhir…? Bilakah mereka akan menyesal dan menyedari kesilapan mereka..
Wallahualam… Hanya tuhan saja yang tahu dan hanya tuhan saja mampu mengubah
semua ini. Kita sebagai Manusia hanya mampu berusaha untuk menghindar perkara ini dari terus menguasai
diri. Menghindar dari terus merosakkan hidup kita. Kita hanya mampu Berusaha untuk mencegah dari ianya jadi lebih parah. Segalanya Terletak pada yang
maha ESA. Hanya DIA yang mampu mengubah segalanya.. Semoga Allah Lebih memihak
kepada kita yang hanya mampu Berserah kepadaNYA . La Tahzan …
No comments:
Post a Comment